Monday, May 10, 2021

PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA

 Perkembangan nasionalisme di Asia merupakan kesinambungan idea nasionalisme di Barat kesan daripada pertembungan yang berlaku dengan bangsa Eropah.Kedatangan dan penjajahan kuasa Eropah di Asia mencetuskan kebangkitan nasionalisme seperti di India,China,Mesir,empayar Uthmaniyah dan Jepun.

NASIONALISME DI INDIA
 Reaksi penduduk tempatan terhadap dasar imperialisme British.
• Kebangkitan rakyat dalam Dahagi India 1857.
- Dilancarkan oleh sepoi / askar upahan British berbangsa India.
- Merupakan reaksi kepada ancaman pengaruh British terhadap adat, budaya dan agama masyarakat setempat
• Awalnya, memberikan perhatian kepada isu sosioagama.
• Brahmo Samaj dan Arya Samaj - pertubuhan penting yang menggiatkan rasa kecintaan kepada budaya tempatan kesan dari pengaruh budaya Barat
• Perkembangan pendidikan Barat membawa kemunculan golongan intelek yang memulakan gerakan lebih tersusun dengan menubuhkan Kongres Kebangsaan India (INC) pada 1885 dan Liga Muslim pada 1906
• Gerakan bersifat radikal oleh Bal Gangadhar Tilak dan Bipin Chandra Pal secara militan terhadap British
• INC dan Liga Muslim bentuk jawatakuasa khas bagi merangka rancangan pembahagian India iaitu India dan Pakistan.
• 14 Ogos 1947 Pakistan diumum merdeka dengan Muhammad Ali Jinnah sbg Gabenor Jeneral Pakistan.
• 15 Ogos 1947 India umum merdeka dengan Jawaharlal Nehru sebagai Perdana Menteri Pertama India

NASIONALISME DI CHINA
• Bertujuan mengukuhkan peradaban China dalam kalangan org Cina daripada ancaman penguasaan politik dan ekonomi oleh kuasa asing.
• Perkembangan bermula dengan penentangan terhadap kelemahan dinasti Manchu yang dianggap orang luar dan kehilangan mandate.
• Rakyat hilang kepercayaan terhadap Dinasti Manchu yang gagal menghalang kemasukan pengaruh Barat
• Gerakan seterusnya bercorak anti - Barat kerana menentang campurtangan kuasa Barat di China
• Peranan Sun Yat Sen.
- mengemukakan Tiga Prinsip Rakyat (San Min Chu-i) sebagai ideologi - nasionalisme, demokrasi dan kebajikan sosial.
- Menjadi asas kepada Revolusi China 1911 yang berjaya menumbangkan Dinasti Manchu.
- Muncul pemerintahan republik di China.

NASIONALISME EMPAYAR UTHMANIYAH & MESIR
  • Kesedaran mempertahankan sistem pemerintahan Islam dan agama Islam
                      • Mencetuskan gerakan Pan-Islamisme dan gerakan Islah
                      • Gerakan Islah
                      - Gerakan pemulihan Islam.
                      - Dipelopori Sayyid Jamal al-Din al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh.
                      - Pertembungan budaya Eropah - Amerika dengan budaya tempatan.
                      - Menyeru umat Islam berpegang pada ajaran Islam sebenar yang berpandukan al-Quran dan Hadis.
                      • Gerakan Pan - Islamisme
                      - Peranan Sayyid Jamal al-Din al-Afghani menubuhkan kumpulan al-Urwah al-Wuthqa (Ikatan yang Kuat).
                      - Memperkuat rasa persaudaraan dan umat yang maju.
                      - Menerbitkan akhar al-Urwah al-Wuthqa.
                      - Untuk sebar idea penyatuan persaudaraan umat.
                      - Bangkit menentang perluasan kuasa Barat.
                      - Empayar Uthmaniyah keluarkan fatwa menyeru umat Islam yngg tindas Barat bangkit berjuang bersama empayar Uthmaniyah.
                      - Khalifah Abdul Hamid II - Menggerakkan idea dan mendapat sokongan termasuklah Tanah Melayu seperti Kebangkitan Tok Janggut 1915.

NASIONALISME DI JEPUN
    • Kesedaran untuk mencapai kemajuan.
                      • mengelakkan ancaman imperialisme Barat.
                      • Pemulihan Meiji
                      - Dilancarkan oleh Maharaja Mikado Meiji (1868).
                      - Menekankan pemodenan mengikut model Barat.
                      - Supaya Jepun dihormati kuasa Barat.
                      - Prinsip dan semangat bushido - asas membina nasionalisme rakyat dan semasa era Pemulihan Meiji
                      - Pemulihan meliputi pembaharuan dalam aspek kehidupan yang menjadikan Jepun sebagai negara industri dan kuasa tentera
                      - Desakan ekonomi dan nasionalisme melampau oleh tentera menjadikan Jepun sebagai kuasa imperialis di Asia


No comments:

Post a Comment

PERNYATAAN MASALAH, OBJEKTIF KAJIAN, DAPATAN KAJIAN & LAIN-LAIN

  PERNYATAAN MASALAH Semangat nasionalisme telah dilakukan oleh masyarakat zaman dahulu bagi mempertahankan hak dan keadilan setiap rakyat. ...