Nasionalisme di Barat berkembang hasil daripada penentangan terhadap pemerintahan beraja yang menjadi simbol penindasan yang menggugat hak dan kebebasan rakyat.Terdapat 3 contoh nasionalisme Barat iaitu Revolusi Keagungan di England,Revolusi Amerika dan Revolusi Perancis.
Revolusi Keagungan (Glorious Revolution) di England berlaku disebabkan oleh keinginan menegakkan kedaulatan parlimen dan hak asasi rakyat.Hal ini tercetus apabila Raja James II yang membelakangkan parlimen.Ahli parlimen menentang dengan sokongan Mary II dan suaminya,Raja William of Orange dari Belanda.Raja James II melarikan diri ke Perancis lalu Mary II dan William of Orange memerintah dan Bill of Rights digubal untuk memberi keutamaan kepada parlimen menggubal undang-undang dan hak mengutip cukai.
Selain itu,terdapat juga Revolusi Amerika.Revolusi ini merupakan reaksi orang Amerika menentang British.Penentangan ini disebabkan oleh tindakan British.Penentangan ini terjadi apabila British tidak melindungi hak penduduk Amerika yang merupakan 13 buah tanah jajahan British.Revolusi ini berakhir apabila British mengakui kemerdekaan Amerika lalu 13 tanah jajahan British digabungkan dan diberikan nama baharu iaitu Amerika Syarikat dengan sistem demokrasi.
Akhir sekali,terdapat Revolusi Perancis yang tercetus daripada idea nasionalisme yang memperjuangkan kebebasan persamaan dan persaudaraan oleh golongan pemikir Perancis.Golongan revolusi menggempur penjara Bastile,membebaskan tahanan politik dan seterusnya menggulingkan Raja Louis XVI.Ia membawa kepada kemunculan Republik Perancis yang mengakhiri sistem pemerintahan beraja di Perancis.
REVOLUSI KEAGUNGAN
Keinginan menegakkan kedaulatan parlimen dan hak asasi rakyat.
• Pemerintahan Raja James II membelakangkan parlimen semasa menggubal undang – undang.
• Ahli parlimen menentang raja berkuasa mutlak.
• Disokong Mary II dan suami Raja William of Orange dari Belanda.
• Menyedari sokongan semakin kurang Raja James II lari ke Perancis.
• Peristiwa dikenali Revolusi Keagungan kerana peralihan kuasa secara aman tanpa pertumpahan darah.
• Bill of Rights digubal untuk memberikan keutamaan kepada parlimen menggubal undang-undang dan hak mengutip cukai.
REVOLUSI AMERIKA
Reaksi orang Amerika menentang British kerana tidak melindungi hak penduduk Amerika.
• Menentang akta memungut cukai di jajahan - Akta Pelayaran, Akta Gula, Akta Setem dan Akta Teh.
• Guna slogan “tiada cukai tanpa perwakilan” kerana tiada wakil Amerika dalam Parlimen British.
• George Washington mengetuai kongres dan isytihar perang terhadap British untuk memperjuangkan kemerdekaan Amerika.
• Kongres meluluskan Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika yang menegaskan.
• Revolusi berakhir 1783 - British mengakui kemerdekaan Amerika.
• 113 buah bekas tanah jajahan digabung dan diberi nama baru sebagai Amerika Syarikat yang perkenalkan demokrasi.
REVOLUSI PERANCIS
• Idea nasionalisme yang perjuangkan kebebasan, persamaan dan persaudaraa oleh pemikir Perancis - Jean Jacques Rousseau dan Voltaire.
• • Peranan Rousseau telah menulis The Social Contract.
• - Keunggulan suara rakyat bagi menjamin kesejahteraan masyarakat.
Suara rakyat adalah merupakan kata sepakat golongan yang mempunyai kesedaran.
- Kedaulatan suara rakyat lebih penting daripada institusi raja dan birokrasi
• Sasaran golongan revolusi adalaht terhadap pemerintah autokratik Raja Louis XVI dan golongan bangsawan.
- Golongan ini memonopoli pelbagai keistimewaan sebaliknya rakyat terbeban dengan cukai
- Menggempur penjara Bastile.
- Membebaskan tahanan politik.
- Menggulingkan Raja Louis XVI
• Kesan revolusi - Kemunculan Republik Perancis yang menamatkan sistem beraja di Perancis.
No comments:
Post a Comment