Monday, May 10, 2021

PERANG DUNIA PERTAMA & KEDUA


Perang dunia berpunca daripada perkembangan nasionalisme dalam kalangan negara Eropah yang membawa persaingan antara kuasa imperialis untuk mempertahankan kepentingan masing-masing.Persaingan tersebut telah mencetuskan Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua yang memberikan kesan besar terhadap penduduk dunia.Perang dunia pertama berlaku dalam kalangan negara di Eropah termasuk empayar Uthmaniyah.Antara faktor yang mencetuskan Perang Dunia Pertama termasuklah persaingan kuasa imperialis,pembentukan pakatan ketenteraan dan konflik di rantau Balkan.Perang Dunia Kedua tercetus akibat kemunculan ideologi baharu,ketidakpuasan hati terhadap Perjanjian Versailles dan kegagalan Liga Bangsa-bangsa.

 

PERANG DUNIA PERTAMA

Faktor-faktor berikut mencetuskan Perang Dunia Pertama

Persaingan Kuasa Imperialis

  • Perkembangan Revolusi Industri menyebabkan persaingan kuasa imperialis di Eropah
  • Untuk mendapatkan tanah jajahan demi bahan mentah seperti arang batu, petroleum dan bijih timah

Pakatan Ketenteraan

  • Kuasa Eropah dibahagikan kepada pakatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga
  • Negara dalam pakatan bersaing menghasilkan senjata moden dan sedia berperang

Krisis Rantau Balkan

  • Austra-Hungary menuduh Serbia menghasut rakyat Austria berketurunan Serb
  • Kemuncak ialah pembunuhan Archduke Ferdinand, Putera Mahkota Austria-Hungary dan isterinya oleh seorang pemuda Serbia

BERAKHIR PERANG DUNIA PERTAMA

  • Membincangkan syarat perdamaian selepas perang
  • Meamastikan Jerman tidak lagi menjadi ancaman keamanan Eropah
  • Melahirkan Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson dengan prinsip:

o    Penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri

o    Sempadan negara berasaskan bangsa

  • Cadangan Presiden Amerika Syarikat sebagai asas perdamaian

Perjanjian Versailles

  • Ditandangtangani antara Pakatan Bertiga dengan Jerman
  • Jerman dikehendaki:

o    Bertanggungjawab terhadap kemusnahan

o    Membayar pampasan kepada Pakatan Bertiga

o    Mengehadkan saiz angkatan tentera

o    Menyerahkan tanah jajahan kepada Pakatan Bertiga

  • Liga Bangsa-Bangsa ditubuhkan untuk menggalakan keamanan dan kerjasama antarabangsa

KESAN

Keruntuhan Pemerintahan Beraja

  • Jerman: Kaiser Wilhem II turun takhta dan kerajaan Republik Jerman didirikan
  • Austria-Hungary: Dinasti Habsburg berakhir apabila timbul pemberontakan
  • Russia: Pemerintahan Tsar Nicholas II ditumbangkan dan kerajaan komunis terbentuk di bawah pimpinan Vladimir Lenin
  • Empayar Uthmaniyah: Khalifah Sultan Mehmed VI digulingkan dan kerajaan bercorak republik diketuai oleh Mustafa Kemal Ataturk terbentuk

Kemunculan Negara Baharu

  • Negara tertentu berpecah kepada beberapa negara

o    Austria-Hungary -> Austria, Hungary, Czechoslovakia dan Yugoslavia

o    Russia -> Poland, Estonia, Latvia dan Lithuania

o    Empayar Uthmaniyah -> Lebanon, Syria dan Iraq

Kesan terhadap Negara Kita

  • Raja-raja Melayu diminta menandatangani perisytiharan perang yang memberi taat setia kepada kerajaan British
  • British membentuk Pesuruhjaya Tinggi British untuk meletakkan negeri Melayu di bawah undang-undang tentera sekirannya memerlukan
  • Wang hasil bijih timah dan getah digunakan oleh British untuk membiayai operasi dalam Perang Dunia Pertama

 

 

PERANG DUNIA KEDUA

 

FAKTOR

Kemunculan Ideologi Baharu

Fasisme

  • Di Itali
  • Dipimpin oleh Benito Mussolini
  • Parti Fasis menguasai kerajaan Itali pada 1922
  • Fasisme memberikan keutamaan kepada kepentingan negara melebihi kepentingan individu
  • Percaya bahawa berperang meningkatan imej negara

Nazisme

  • Di Jerman
  • Dipimpin oleh Adolf Hitler
  • Parti Nazi menguasai kerajaan Jerman pada 1933
  • Mengagungkan bangsa Jerman
  • Mengetepikan Perjanjian Versailles
  • Membina angkatan tentera semula

Ketidakpuasan Hati terhadap Perjanjian Versailles

  • Jerman menganggap Perjanjian Versailles tidak adil
  • Kehilangan tanah jajahan, pampasan perang tinggi menyebabkan kemelesetan ekonomi Jerman
  • Itali tidak berpuas hati kerana tidak diberikan tanah jajahan baharu seperti yang diperoleh Perancis

Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa

  • Liga Bangsa-Bangsa gagal menguatkuasakan perjanjian pelucutan senjata dan menangani krisis pencerobohan
  • Krisis Liga Bangsa-Bangsa

o    Krisis Manchuria: Jepun menakluki Manchuria

o    Perjanjian Pelucutan Senjata: Jerman keluar daripada Liga Bangsa-Bangsa dan memperbesar angkatan tenteranya

o    Krisis Habsyah: Itali menyerang Habsyah

 

Pernaklukan Jerman terhadap Eropah Barat

  • Perang Dunia Kedua meletus apabila Jerman menyerang Poland pada 1939
  • Jerman memulakan serangan Blitzkrieg (serangan kilat) terhadap negara di Eropah Barat
  • Jerman menguasai hampir semua negara di Eropah Barat

Pengeboman Britain

  • Jerman melancarkan serangan udara dan laut terhadap Britain
  • Pelabuhan, kawasan perindustian dan pertahanan Britain dimusnahkan

Penyertaan Itali dalam Perang di Eropah

  • Itali bersekutu dengan Jerman
  • Itali menyerang Perancis dari selatan manakala Jerman menyerang Perancis dari utara

No comments:

Post a Comment

PERNYATAAN MASALAH, OBJEKTIF KAJIAN, DAPATAN KAJIAN & LAIN-LAIN

  PERNYATAAN MASALAH Semangat nasionalisme telah dilakukan oleh masyarakat zaman dahulu bagi mempertahankan hak dan keadilan setiap rakyat. ...