Tuesday, May 11, 2021

PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

 Nasionalisme di Asia Tenggara berakar umbi daripada gerakan membebaskan diri daripada penjajahan kuasa Barat seperti yang berlaku di Filipina,Burma(Myanmar),Vietnam dan Indonesia.Namun begitu,di Thailand,gerakan nasionalisme bersifat menuntut pembaharuan dalam pentadbiran ke arah mengekalkan kedaulatan negara daripada ancaman imperialisme.


NASIONALISME DI FILIPINA
  • Untuk menghapuskan penjajahan asing.
  • Tokoh 
    • Jose Rizal, Andres Bonifacio, Emilio Aguinaldo Peranan Jose Rizal.
  • Awal berbentuk Gerakan Propaganda.( Jose Rizal )
    • Filipina dijadikan sebahagian wilayah Sepanyol.
    • Hak yang sama seperti bangsa Sepanyol.
    • menubuhkan Liga Filipina 1892.
    • Mendesak Sepanyol melakukan perubahan politik, ekonomi dan sosial
  • Kegagalan Propaganda mencetuskan idea lebih radikal.
    • Menubuhkan Katipunan untuk memperoleh merdeka melalui revolusi.
    • Menggunakan akhbar Kalayan untuk sebar idea revolusi.
    • Bonifacio bersama Aguinaldo memimpin Katipunan melancarkan Revolusi Filipina 1896.
    • Aguinaldo bekerjasama dengan Amerika Syarikat dan berjaya usir Sepanyol.
    • Pengisytiharan Kemerdekaan Filipina oleh Aguinaldo 1899 tidak diiktiraf Amerika Syarikat sebaliknya di bawah Amerika Syarikat
  • Dibawah penjajahan Amerika Syarikat.
    • Nasionalis ubah strategi dengan mengguna saluran diplomasi melalui parti politik sederhana.
    • Membolehkan Sergio Osmena (Parti Nasionalis) dilantik anggotai Dewan Perhimpunan Filipina 1907
    • Gerakan kemerdekaan diteruskan nasionalis sehingga Perang Dunia ke-2

NASIONALISME DI BURMA (MYANMAR)
  • Perjuangan golongan kelas menengah, sami Buddha (pongyi), Thakin (siswazah universiti) dan petani .
  • Nasionalisme golongan kelas pertengahan berpendidikan Barat disebabkan pengaruh British mengancam kedudukan agama Buddha
  • Peranan Persatuan Belia Buddha 1906
    • Untuk mengekalkan tradisi Buddha, pendidikan dan kebudayaan Burma.
    • Menggunakan isu kasut
    • Dianggap mencemari kesucian agama Buddha.
  • Majlis Persatuan Am Kesatuan Burma.
  • Memperjuangkan bangsa Burma
  • Berlaku revolusi pelajar - menuntut penubuhan university.
  • Golongan sami Buddha menubuhkan Majlis Am
    • mencetuskan Pemberontakan Saya San.
    • Mendapat sokongan petani yang terbeban dengan pelbagai cukai
  • Pengenalan Perlembagaan Burma 1935
    • memisahkan Burma dan India.
    • merangsang perjuangan ke arah berkerajaan sendiri
  • Peranan Golongan Thakin
    • Menubuhkan Parti Do Bama Asiayone
    • Memperjuang kemerdekaan Burma.
    • Pemimpin parti spt Aung San, Kyaw Nein dan U Nu menggelar diri sebagai “Thakin” (Tuan).
    • Mnegaskan org Burma mesti bertuankan org Burma.
    • Dr. Ba Maw memenangi pilihanraya 1937 dilantik sebagai Perdana Menteri pertama.

NASIONALISME DI VIETNAM
  • Akibat perubahan sosiopolitik dan sosioekonomi selepas kedatangan Perancis -1918.
  • Dipelopori golongan bangsawan dan pegawai dari golongan mandarin.
  • Pembesar yang menerima pendidikan Confucius.
  • Mereka memperjuangkan pemulihan sistem beraja.
  • Golongan intelektual meningkatkan kesedaran politik dan gerakan anti-Perancis.
  • Idea disalurkan melalui akhbar Tribune Indige dan Cloche Felee yang mengkritik penindasan Perancis
  • Menuntut hak rakyat Aliran ideologi.
  • Bercorak revolusi yang didokong dua aliran ideologi
  • Nasionalisme - Parti utama ialah Viet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD) atau Parti Nasionalis Vietnam pimpinan Nguyen Thai Hoc.
  • Komunisme - Diterajui Parti Komunis Vietnam (PKV) pimpinan Ho Chi Minh
  • Perjuagan VNQDD
    • Berteraskan demokrasi, nasionalisme dan sosialisme
    • Melancarkan pemberontakan 1930 untuk mengusir Perancis.
    • Menubuhkan republik Vietnam.
    • Perancis melumpuhkan gerakan - menangkap pemimpin VNQDD dan menghukum Nguyen Thai Hoc
  • Perjuangan Parti Komunis Vietnam
    • Ho Chi Minh berjaya isytiharkan kemerdekaan Republik Demokratik Vietnam.
    • Beliau dilantik sebagai presiden pertama.
    • Vietnam Selatan berpusat di Saigon berada di bawah Perancis dan Amerika Syarikat.
    • Gerakan menentang Barat diteruskan sehingga Republik Vietnam terbentuk 1976.

NASIONALISME DI INDONESIA
  • Berkisarkan Isu pendidikan untuk mengubah nasib rakyat akibat dasar Belanda
  • Peranan Adjeng Kartini sebagai pelopor perjuangan untuk memajukan pendidikan wanita.
  • Karya (surat) diutuskan kepada rakan di Eropah dibukukan dan diterbitkan berjudul Hilang Gelap Terbitlah Terang.
  • Karya diterjemah ke bahasa Inggeris dengan judul Letters of Javanese Princess.
  • Karya mendedahkan dasar diskriminasi Belanda yang menindas dan membawa kemunduran.
  • Peranan Pertubuhan Muhammadiyah - Lebih tersusun untuk mempertahankan agama Islam dari ancaman sekularisme Barat.
  • Sarekat Islam - lebih radikal - memperjuang kemerdekaan.
  • Partai Nasionalis Indonesia ( PNI ) – Sebuah parti yang berpengaruh di bawah pimpinan Soekarno.
  • Kongres pemuda Indonesia melajirkan ikrar “ sumpah pemuda “ yang menjadi tonggak nasionalisme.
  • Tiga asas sumpah tersebut – satu tanah air, satu bangsa dan satu Bahasa
Partai Nasional Indonesia. ( PNI )
  • Pelajar Indonesia di Belanda menubuhkan Perhimpunan Indonesia berjuang ke arah merdeka.
  • Tegas tidak bekerjasama dgn Belanda –
  • Perhimpunan berjaya mendapat sokongan.
  • Ahli perhimpunan pulang ke Indonesia dan menubuhkan kelab pelajar di beberapa bandar
  • Kelab sebagai pusat perbincangan dan idea perjuangan.
  • Paling aktif Kelab Pelajar Bandung.
  • Soekarno menubuhkan Perserikatan Nasional Indonesia pd 4 Jun 1927.
  • Menukar nama kepada Partai Nasional Indonesia (PNI) pimpinan Soekarno dan dibantu Ir. Anwari, Iskaq Tjokrohhadisoerjo, Sunarjo, Dr. Tjipto Mangunkusumo dan Ali Sastroamidjojo.
  • Matlamat
    • Menuntut kemerdekaan mutlak.
    • Menyatukan rakyat melalui gabungan parti politik
    • Membentuk kerajaan demokrasi berparlimen yang bertanggungjawab kepada rakyat.
    • Memartabatkan bahasa Indonesia sebagai bahasa rasmi Perjuangan PNI.
    • Secara radikal untuk capai matlamat bebaskan Indonesia dr Belanda.
  • Usaha - Usaha PNI
    • Tidak bekerjasama dgn Belanda.
    • Sebar idea melalui akhbar Banteng Priangan di Bandung dan Persatuan Indonesia di Jakart.
    • Keluar ikrar “Sumpah Pemuda” yang menekankan “semua rakyat Indonesia adalah sebangsa, sebahasa dan senegara”.
    • Soekarno menyatukan rakyat dan PNI dapat sambutan.
    • PNI gabungkan parti sedia ada seperti Kelab Pelajar Surabaya, Budi Utomo, Pasundan, Ikatan Sumatera, Sarekat Islam dan Kaum Betawi

NASIONALISME DI THAILAND
  • Berbeza dengan negara lain yang bersifat antipenjajah dan kemerdekaan.
  • bertujuan mempertahankan kedaulatan negara serta tuntut penglibatan rakyat dlm pemerintahan
  • Dipelopori Raja Thailand melalui diplomasi dan pemodenan.
Peranan Raja Mongkut
  • Membina hubungan baik dengan Barat seperti British, Amerika Syarikat dan Perancis
  • Langkah pemodenan dengan melaksanakan birokrasi Barat.
  • Penasihat Barat dibawa untuk mellatih pegawai tempatan dalam bidang kewangan, pelabuhan, kastam, ketenteraan dan polis.
  • Guru Barat dari British untuk melaksanakan pendidikan Barat.
  • Membentuk imej Thailand sebagai negara bersahabat dgn Barat
  • Birokrasi Raja Mongkut.
    • 80 penasihat Barat
    • Penasihat kewangan, pelabuhan, polis dari Britain
    • Penasihat Kastam dari Amerika Syarikat
    • Penasihat ketenteraan dar Perancis.

Peranan Raja Chulalongkorn
  • Dasar Mongkut diteruskan puteranya Chulalongkorn
  • Menjadikan Thailand negara bebas dari penjajahan Barat khususnya British.

  • Faktor – faktor Nasionalisme di Thailand.
  • Kelemahan Raja Vajiravudh.
    • Menimbulkan kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja.
    • Nai Pridi Phanomyong dan Field Marshal Phibulsongkram menubuhkan Parti Rakyat dan melancarkan Revolusi Thai.
    • Menamatkan pemerintahan raja berkuasa mutlak
    • Pemerintahan raja berpelembagaan diperkenalkan
    • Meletakkan raja kedudukan tertinggi dan tidak mencampuri urusan pentadbiran kerajaan yang dijalankan oleh Perdana Menteri
  • Penguasaan Ekonomi oleh Kapitalis Barat dan orang Cina.
    • Perdana Menteri Phibul Songkram meluluskan undang-undang menyekat penguasaan ekonomi orang Cina
    • Menggalakkan peribumi terlibat dalam ekonomi.
    • Dasar bekerjasama dengan Jepun.
    • Thailand memperoleh semula hak wilayah di IndoChina dan negeri utara Tanah Melayu.

No comments:

Post a Comment

PERNYATAAN MASALAH, OBJEKTIF KAJIAN, DAPATAN KAJIAN & LAIN-LAIN

  PERNYATAAN MASALAH Semangat nasionalisme telah dilakukan oleh masyarakat zaman dahulu bagi mempertahankan hak dan keadilan setiap rakyat. ...